— TENTANG COACH

Kenali
Coach Ayongzul

Latihan teknologi yang mudah difahami dan dekat dengan kerja harian — untuk kakitangan organisasi, agensi, institusi dan usahawan.

Trainer & Consultant

AI, Digital Marketing, Business Automation dan Website.

Berlatarbelakangkan kejuruteraan dan pengalaman industri, saya membimbing individu serta organisasi menggunakan teknologi dalam kerja dan perniagaan.

Coach Ayongzul tersenyum, memakai blazer hitam dan kemeja navy
— KEPAKARAN UTAMA

Empat Teras Kepakaran

Gabungan pengalaman kejuruteraan, kepakaran teknologi dan pendedahan industri membentuk latihan yang relevan, praktikal dan berfokuskan aplikasi.

Kecerdasan Buatan (AI)

ChatGPT, Gemini dan aplikasi AI untuk idea, kandungan, produktiviti serta penghasilan muzik dan video.

Pemasaran Digital
(Digital Marketing)

Strategi media sosial, TikTok for Business, e-mail marketing dan SEO untuk membantu bisnes menyusun pemasaran.

Automasi Perniagaan
(Business Automation)

Chatbot, Telegram Bot dan pengurusan data untuk memudahkan komunikasi serta tugasan berulang.

Website & eCommerce

Website, landing page dan eCommerce yang membantu pelanggan memahami jenama, tawaran dan langkah seterusnya.
— LATAR BELAKANG

Dari kejuruteraan
ke latihan profesional

Perjalanan kerjaya bermula dalam bidang kejuruteraan di syarikat multinasional, sebelum beralih ke latihan dan perundingan untuk membantu individu serta organisasi memanfaatkan teknologi.
1994–1998

Motorola

Senior Technician
Motorola Semiconductor Malaysia
2005–2006

Siemens

Microwave Engineer
Siemens Malaysia
2006–2011

Nokia

Project Coordinator
Nokia Malaysia (2006–2009)
Nokia Siemens Networks (2009–2011)
LATIHAN & PERUNDINGAN

Kemahiran digital

Rezeki Hakiki Enterprise: bermula 2013.
eUsahawan Trainer, MDEC: 2018–2024.
— ASAS PROFESIONAL

Kelayakan & Pengalaman
Profesional

Latar akademik, pengalaman latihan dan rekod akreditasi yang dinyatakan dalam profil trainer. Dokumen sokongan boleh diminta untuk rujukan organisasi.

Pengalaman Latihan

eUsahawan Trainer, MDEC
2018–2024

Kelayakan Akademik

Ijazah Kejuruteraan Elektrik (Kepujian)
UiTM Shah Alam

Rekod Akreditasi Trainer

HRD Corp Accredited Trainer
ID 24224 · Rekod profil 2024

Bengkel Asas Digital — Karnival Usahawan dan Digital Perlis

Bengkel Asas Digital — Karnival Usahawan dan Digital Perlis.

— PENDEKATAN LATIHAN

Faham Konsep, Cuba Sendiri,
Hasilkan Kerja

Peserta dibimbing daripada memahami konsep kepada menghasilkan tugasan yang boleh disemak dan ditambah baik mengikut keperluan kerja atau perniagaan.

✓ Demonstrasi yang dekat dengan kerja

Lihat contoh penggunaan sebenar sebelum mencuba langkahnya sendiri.

✓ Latihan berpandu mengikut tahap

Skop dan latihan disesuaikan dengan keperluan peserta, daripada beginner hingga intermediate.

✓ Perbincangan dan semakan hasil

Peserta boleh bertanya, berbincang dan memperbaiki hasil sepanjang sesi.

Pengalaman Latihan Terpilih

Pengalaman mengendalikan latihan AI untuk kegunaan kerja dan keperluan fungsi organisasi.

PENSONIC HQ

AI for Workplace Productivity

NAFAS

AI for Account & Finance

PROFIL
TRAINER
—

Untuk rujukan organisasi

— PROFIL TRAINER

Profil Trainer untuk Organisasi

Perlukan ringkasan untuk cadangan program atau penilaian trainer? Minta profil versi umum yang memfokuskan latar belakang, kepakaran dan pengalaman latihan.
— JEMPUT COACH

Bincangkan keperluan latihan
untuk organisasi anda

Kongsikan topik, sasaran peserta dan format pilihan. Kita bincangkan program yang bersesuaian dengan keperluan pasukan.